Kesian


Ada apa dengan kesian nie yer? Mesti ramai yang pelik kenapa saya mahu berkongsi cerita yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan tajuk ini. Masyarakat melayu kita memang penuh dengan nilai-nilai murni dan salah satu sifat yang masih tebal di dalam kebanyakkan orang ini adalah kesian. Kita tengok orang susah? kesian…. Tengok orang sakit? kesian.. orang ada masalah? kesian… orang buang anak? Kesian.. (kesian pada sapa? Mesti pada bayi tu kan?) apa lagi? Orang cacat? Kesian.. pendek kata apa-apa yang buruk menimpa orang sekeliling kita, kita akan dengan mudahnya menuturkan kesian.. macam cerita P.Ramli (Madu Tiga) ada dialong di mana Ramli nak ‘bohong sunat’ pada isteri-isterinya tue.. kesian… (padahan bukan betul pun kecederaannya..) begitulah sifat masyarakat kita. Bagus sebenarnya kita merasa kesian pada seseorang ini, paling tidak pun ini membuktikan kita masih ada sifat perikemanusiaan dalam diri masing-masing.
Tapi macam mana pula orang yang tidak merasa kesian pula? Macam kes-kes bunuh yang makin meningkat sekarang, tidak kurang juga kes-kes jenayah lain yang turut meningkat. Kenapa perkara seperti itu boleh berlaku?  Cuba kita renungkan sejenak.. sedih sangat bila di dada-dada akhbar ada saja kes-kes bunuh,rogol, curi dan sebagainya yang berlaku di negara kita yang merupakan negara islam! nyawa umpama tiada nilainya. Kesian….
Ada satu jenis kesian nie pulak agak pelik sebenarnya, cuba kita renung-renungkan dan berfikir sejenak.. Ini peristiwa benar. Seorang kakitangan awam yang melaksanakan tugasnya dengan bersungguh, amanah dan jujur. Kebetulan kerja yang dilakukan olehnya ada berkaitan dengan banyak organisasi dan orang awam (bagi yang bekerja kerajaan mesti memahami cara kerja yang melibatkan banyak jabatan dan organisasi.) oleh kerana sifat kesiannya kepada sesetengah orang awam. Dia sanggup mengenepikan masa cutinya dan tidak menghiraukan keluarga kerana nak siapkan kerja-kerja yang tidak pernah habis tue. Nak tau apa yang berlaku? Satu hari dia jatuh sakit. Kena serangan angin ahmar. Sebelah badan dah tak boleh bergerak. Dalam tempoh sakit, berapa orang yang pernah di tolongnya datang? Ada dalam seorang dua, yang lebih lagi mana? Kesian… sekarang ni siapa yang perlu kesian pada siapa ni? Pada mula dia kesiankan orang, buat kerja sampai ‘over the limit’ sekarang bila dah jatuh sakit orang kesian tengok keadaannya pulak  dan yang LAGI KESIAN adalah kepada keluarganya yang terpaksa menanggung sama dugaan ini.. (kepada keluarganya, banyakkan la bersabar, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku) Sebab itulah pepatah melayu ada mengatakan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Saya bercerita bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi sebagai satu pengajaran buat kita semua. Masa kerja, kerja.. masa cuti, tidak perlu rasanya nak kena bawa balik kerja ke rumah. Perlu ke? Mungkin ada yang akan berkata perlu sebab bos nak segera. Kalau dah macam tu jangan la masa kerja asyik nak ‘mengular’sa ja. Dah nak ‘deadline’ baru tergopoh – gapah. Saya tak kata pada sesiapa sebab kita semua sama sahaja. Cuma sekarang nie tepuk dada tanya minda masing-masing, bagaimanakah caranya kita nak siapkan kerja ‘on time’ tanpa perlu serabutkan kepala memikirkan kerja yang tidak sempat di siapkan di saat-saat akhir. Masa cuti yang diberikan oleh majikan/kerajaan itu luangkanlah masa bersama keluarga. Rehatkan minda dan lapangkan dada.  Badan kita ni pun kalau kita terlalu memaksanya mula la macam-macam masalah kesihatan yang akan timbul. Macam mesin juga la sistem dalam badan kita ni, perlukan rehat juga untuk ‘recharge energy’. Kalau secara tiba-tiba mesin (badan) rosak siapa yang akan menaggung deritanya? Mesti ‘owner’ (diri sendiri) yang menanggungnya.. KESIAN… oleh itu jagalah kesihatan diri kita terlebih dahulu sebelum kita ‘menjaga’ orang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buah Jentik

Buah Tampoi

PINJAM DAN MEMINJAM