BERHARAP
Kenapa dengan berharap? Tidak kira siapa sahaja kita sentiasa berharap. Terus berharap dan terus menanti moga harapan kita terlaksana. Tapi apa akan terjadi jika sekadar berharap tanpa disertakan usaha dan doa? Tidakkan itu akan jadi sia-sia sahaja? Berharap juga saya rasa boleh di kelaskan kepada beberapa kategori. Satu, berharap pada sesuatu atau seseorang berupa ganjaran ataupun hadiah. Sebagai contohnya, seorang anak yang mengharapkan ganjaran dari kedua ibu bapanya di atas usaha/kerja yang dilakukan. Yang keduanya berharap supaya orang lain memahami diri kita. Sebagai contoh, seorang suami yang berharap agar si isteri memahami niatnya untuk beristeri lain sedangkan dirinya pula tidak mahu memahami keadaan dan emosi si isteri. ( yang nie memang tak patut..) Seterusnya berharap kepada Ilahi agar di pemudahkan segala urusan. Contohnya seseorang yang ingin Berjaya dalam sesuatu perkara/bidang akan memohon doa kepada Yang Esa namun kalau sekadar berharap tanpa usaha juga xkan keman...