Kesian
Ada apa dengan kesian nie yer? Mesti ramai yang pelik kenapa saya mahu berkongsi cerita yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan tajuk ini. Masyarakat melayu kita memang penuh dengan nilai-nilai murni dan salah satu sifat yang masih tebal di dalam kebanyakkan orang ini adalah kesian. Kita tengok orang susah? kesian…. Tengok orang sakit? kesian.. orang ada masalah? kesian… orang buang anak? Kesian.. (kesian pada sapa? Mesti pada bayi tu kan?) apa lagi? Orang cacat? Kesian.. pendek kata apa-apa yang buruk menimpa orang sekeliling kita, kita akan dengan mudahnya menuturkan kesian.. macam cerita P.Ramli (Madu Tiga) ada dialong di mana Ramli nak ‘bohong sunat’ pada isteri-isterinya tue.. kesian… (padahan bukan betul pun kecederaannya..) begitulah sifat masyarakat kita. Bagus sebenarnya kita merasa kesian pada seseorang ini, paling tidak pun ini membuktikan kita masih ada sifat perikemanusiaan dalam diri masing-masing. Tapi macam mana pula orang yang tidak merasa kesian pula? Macam kes-kes...