Terima Kasih
Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Mesti semuanya pernah mendengar kan? Dalam media massa banyak betul perkataan ini di gunakan. Sama ada ‘Thanks’,’ Tq’ ataupun yang seerti dgnnya. Tapi apa yang nak saya kongsikan dengan anda semua adalah maksud ataupun kemanisan sesuatu ucapan terima kasih itu.
Pernah tak anda mendapat ucapan terima kasih dari seseorang di atas sesuatu perkara yang di lakukan? Tambahan pula perkara tu di lakukan dengan sepenuh hati dan ikhlas tanpa meminta balasan? Kalau pernah, macam mana anda rasa? Mesti rasa di hargai betul tak? Bagi yang tak pernah mendapat ucapan terima kasih pula, apa perasaan anda? Adakah geram? Sakit hati? Kecewa?
Bagi sesetangah perkara, bukan balasan wang ringgit ataupun imbuhan yang di harapkan sangat Cuma cukup la segala penat lelah di hargai. Bagi suami isteri, suami yang kepenatan balik dari mencari rezeki buat keluarga dan bila balik dari rumah, isteri menyambutnya dengan senyuman dan ciuman serta lafaz terima kasih. Macam mana perasaan si suami pada ketika itu? Mesti dalam hatinya “syukur alhamdulilah aku di kurniakan isteri yang begitu baik” tapi ada juga sesetengah suami mungkin akan cakap cam nie “Aik, lain macam jer bini aku nie, mesti ada aper2 la tue..” hehehehe nama pun manuasia kan? Mesti tidak dapat lari dari macam-macam prasangka buruk. Tapi kita semua mesti ingat, kita hidup di dunia nie bukan kita seorang semata-mata. Kita sering memerlukan antara satu sama lain untuk memajukan diri. Jika dah nama pun memerlukan antara satu sama lain, perlu jugalah perkataan terima kasih ini di tuturkan. Tapi sudah menjadi norma orang kita, cukup susah nak menyebut perkataan ini. Kenapa yer? Susah sangat ker nak sebut?
Macam di jalan raya, memang la tak boleh nak sebut terima kasih di tengah-tengah jalan pada seseorang yang memberi laluan kepada kita, tapi tak salah kan kalau kita angkat tangan dan lontarkan senyuman. Hanya dengan c ara ini dah boleh menzahirkan rasa terima kasih kita pada seseorang itu. Tapi selalunya pemandu wanita nie jarang sesekali nak mengangkat tangan. Bukan niat nak mengutuk kaum sendiri, cuma sekadar mahu berkongsi cerita, kebanyakkan pemandu wanita nie terutama yang bawa kereta la, dengan berkaca mata hitamnya dan bawa kereta dengan lajunya bila dah di beri laluan (pada satu-satu jalan yang kecil)a jangankan nak angkat tangan senyum pun tidak.. kenapa jadi macam tue yer? Malu ker? Ker berlagak dan sombong? Yer la mungkin sebab bawa kereta mewah terus rasa diri megah? Tak perlu la buat macam tue, tak salah kan kita berterima kasih dengan orang. Menghargai setiap apa yang orang lakukan kepada kita. Andai kata satu ketika nanti tiada siapa yang hendak membantu kita, macam mana?
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak, adalah anda pernah mentutrkan perkataan terima kasih kepada anak anda? Mungkin masa anak-anak itu masih kecil dan baru nak belajar tentang sesuatu perkara, perkataan terima kasih itu sering di ucapkan. Cuba perhatikan tingkah laku anak kecil itu bila perkara yang di lakukannya di hargai oleh kita yang dewasa nie? Makin sakan jadinya sampaikan kita sendiri jadi penat nak melayan karenahnya. Namun apa yang berlaku pada masyarakat kita, bila kita ada anak remaja dan kita menyuruhnya melakukan sesuatu perkara, dan dia melaksanakannya ada tak kita pergi kepadanya dan mengucapkan terima kasih di atas apa yang telah dia lakukan? Jarang kan? Atau tidak pernah?!. Sebab kita merasakan itu memang tanggungjawabnya tuk melakukan kerja yang kita arahkan. Sebenarnya kita telah silap di situ, kalau cikgu yang mengajar di dalam kelas pun bila dah tamat masanya, pelajar-pelajar akan bangun dan mengucapkan terima kasih secara beramai-ramai. Sedangkan cikgu itu memang sudah menjadi tanggungjawabnya mendidik pelajar.
Bagi si anak pula, pernahkah anda pergi kepada ibu dan bapamu lantas mengucapkan terima kasih? “Terima kasih kerana melahirkan saya di dunia ini”. “terima kasih kerana membelikan saya basikal”. “terima kasih diatas duit yang diberikan”. Pernah tak anda ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapamu? Pernah? Sekerap mana? Ataupun jarang-jarang sekali? Atau tidak pernah langsung?!. Sangat menyedihkan jika seorang anak tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya ( tidak termasuk anak yatim). Cuba kita ucapkan terima kasih kepada kedua ibubapa kita dan lihat macam mana reaksinya. Jika kena dengan caranya, boleh menitis air matanya kerana terharu dan bersyukur mendapat anak yang begitu baik dan taat kepada ibu bapanya. Ucapkan terima kasih dengan sepenuh hati, ucapan yang tulus dan ikhlas dapat meninggalkan kesan ke atas sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Cubalah untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu kita mengharungi hidup ini kerana kita perlulah ingat tentang satu perkara ini iaitu kita hidup di dunia ini saling memerlukan. Kita tidak dapat hidup sendirian. Ucaplah terima kasih. Andai kita tidak dapat menganugerahkan segunung intan berlian kepada insan yang berjasa kepada kita cukuplah andai kita menghargai setiap apa yang dilakukannya supaya ia akan merasa tenang dan dihargai.
Akhir kata dari saya.. TERIMA KASIH kerana sudi membaca.. Selamat Beramal ke arah yang lebih baik.
Ulasan
Catat Ulasan