BERHARAP
Kenapa dengan berharap? Tidak kira siapa sahaja kita sentiasa berharap. Terus berharap dan terus menanti moga harapan kita terlaksana. Tapi apa akan terjadi jika sekadar berharap tanpa disertakan usaha dan doa? Tidakkan itu akan jadi sia-sia sahaja?
Berharap juga saya rasa boleh di kelaskan kepada beberapa kategori. Satu, berharap pada sesuatu atau seseorang berupa ganjaran ataupun hadiah. Sebagai contohnya, seorang anak yang mengharapkan ganjaran dari kedua ibu bapanya di atas usaha/kerja yang dilakukan.
Yang keduanya berharap supaya orang lain memahami diri kita. Sebagai contoh, seorang suami yang berharap agar si isteri memahami niatnya untuk beristeri lain sedangkan dirinya pula tidak mahu memahami keadaan dan emosi si isteri. ( yang nie memang tak patut..)
Seterusnya berharap kepada Ilahi agar di pemudahkan segala urusan. Contohnya seseorang yang ingin Berjaya dalam sesuatu perkara/bidang akan memohon doa kepada Yang Esa namun kalau sekadar berharap tanpa usaha juga xkan kemana. Kita akan sentiasa berada di takuk yang sama.
Saya sekadar mahu berkongsi cerita, andai ada seseorang datang kepada kita dan berharap agar kita dapat membantunya namun kita masih gagal membantunya cuba kita perhatikan raut wajah kehampaannya.. dan cuba juga kita letakkan diri kita berada di tempatnya. Apa yang akan kita rasa? Kecewa bukan? So apa yang perlu kita lakukan? fikir-fikirkan la..
Jikalau kita mencuba untuk membantunya namun masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya cukup la sekadar kita menjadi pendengar setia bagi setiap permasalahannya. Namun mendengar masalah seseorang bukanlah ‘green light’ untuk kita mejaja masalah itu kepada orang lain pula. Kenapa perlu membuka aib orang? SEMPURNA sangatkah diri kita?! HEBAT sangatkah diri kita?! Sampai semua perkara yang diceritakan kepada kita akan kita cerita kepada orang lain?
Simpati la pada orang yang berharap pada kita supaya rahsianya/masalahnya kita tidak bongkarkan. Bayangkan jika perkara buruk terjadi pada kita dan kita dapat tahu ada ‘si polan’ berkenaan menyebarkan cerita, apa perasaan kita? Kalau tidak kerana undang-undang dan hukum agama mau saja rasanya nak BUNUH orang tu kan? Tapi percaya la pada rahsia Allah, setiap apa yang terjadi ada sebab dan musababnya. Muhasabah diri kita dan selamat beramal..
Ulasan
Catat Ulasan