SALAM DI BULAN SYABAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sekali lagi kita sama-sama dapat menyabut ketibaan bulan syaban ini. Hanya tinggal lagi sebulan sebelum ramadhan menjengah. Macam mana dengan persiapan diri masing-masing? Bagi ynag belum habis membayar ‘hutang puasa’, elok la di segerakan. Sikap suka bertangguh kelak akan merugikan diri sendiri. Walaupun bulan syawal masih jauh, tapi auranya sudah dapat dirasai sekarang. Persiapan untuk raya telah disediakan seawal mungkin. Promosi-promosi raya juga sudah banyak dapat kita lihat samada melalui media cetak ataupun elektronik. Semuanya terpulang kepada tahap kemampuan diri sendiri. Namun rasanya tidak usahlah membelanjakan wang secara berlebihan, cukuplah sekadar yang perlu sahaja.
Sikap taksub bagi menyabut bulan perayaan kelak akan mengundang masalah kepada diri sendiri. Berpegang kepada pepatah ‘biar papa asal bergaya’ tidak wajar menjadi ikutan. Ada segelintir masyarakat kita sanggup berhutang ribuan ringgit semata-mata untuk memastikan persiapan lengkap menjelang hari raya. Tidak kurang juga ada yang bersaing antara satu sama lain hanya untuk membuktikan siapa yang lebih hebat di pagi raya nanti. Untuk apa semua itu? Mesti akan ada yang berkata, ‘biar la, duit aku yang engkau nak sibuk kenapa?!’. Ya, memang betul, duit kita maka kita berhak untuk melakukan apa saja yang kita suka. Tapi jangan la kita terlupa pada satu hakikat yang pasti, duit itu memang dari usaha kita tapi dengan keredhaan Allah. Allah yang memberi rezeki kepada kita, dan jika dia ingin menarik balik nikmat rezeki ini, siapa kita untuk menghalang?. Sentiasalah bersyukur di atas segala nikmat yang diberi. Ada sesetengah orang yang kesempitan duit akan mula ‘meracau’ yang bukan, seringkali menyalahkan keadaan di atas apa yang menimpa dirinya. Kenapa tidak muhasabah diri sendiri? Berfikir sejenak apa yang pernah kita lakukan sepanjang kita hidup ini yang tidak mendapat keberkatan dari Allah? Rezeki yang tidak berkat, tidak akan kekal dan akan hilang dalam sekelip mata. Bagi yang telah dapat mengenalpasti kesalahan masa lalunya, berubahlah dan bertaubatlah sebelum terlambat. Saya tahu jika saya yang menegur akan ada yang berkata pula ‘engkau bukan ustazah nak tegur orang’. Tidak bolehkah kita mendengar setiap tegurandari sesiapa sahaja? Rasanya tidak perlu menunggu sehingga ustaz atau ustazah untuk menegur, baru nak berubah. Sesiapa saja boleh menegur, bukan untuk ‘menjaga tepi kain orang’ tapi jika teguran itu dapat merubah dari perkara buruk kepada yang lebih baik, rasanya tidak salah. Berpegang kepada ‘manusia merupakan khalifah di muka bumi ini’ sedikit sebanyak akan mengurangkan perkara mungkar dari terus berlaku .
Ulasan
Catat Ulasan