SELOKA BUANG BAYI
Semalam aku ada baca majalah Gila-Gila edisi oktober 2010 (bosan, baca jer la..) yang di pinjam dari kakak kedai bawah ofic aku. Aku ada terbaca satu seloka berkenaan isu buang bayi dalam majalah tu. Sama-sama la kita berhibur sambil berfikir sejenak akan isu yang dilihat tiada kesudahannya malah lebih parah dari tahun ke tahun..
Apa nak jadi negara kita ini,
Di sana sini setiap hari,
Di dada akhbar di kaca tv,
Tak habis-habis cerita orang buang bayi.
Gara-gara mengikut nafsu yang jahat,
Masa buat tak beringat,
Dari ringan-ringan menjadi berat-berat,
Sedar-sedar perut dah jadi sarat.
Waktu itu mulalah gelabah,
Barulah terasa tak tentu arah,
Kerana takut mak bapak marah,
Bayi dibuang bagaikan sampah.
Dari janin hingga yang cukup sifat,
Dibuang tidak mengira tempat,
Di tong, di longkang di mana yang sempat,
Memalukan bangsa menyusahkan masyarakat.
Budak-budak dahulu main sorok-sorok,
Kadang-kadang pula main pondok-pondok,
Nikah kawin secara olok-olok,
Semuanya dibuat sekadar berseronok.
Budak-budak sekarang lain cerita,
Baru baligh dah berlagak dewasa,
Berpakwe bermakwe tak mengira dosa,
Menyeluk meraba di anggap biasa.
Perangai kita sejak azali,
Bila timbul fenomena begini,
Punca dan sebab baru nak cari,
Ke sana kemarilah menunding jari.
Semua benda jadi sasaran,
Segala perkara kita salahkan,
Termasuk teknologi dan juga kemajuan,
Konon kerananya ramaja hilang pegangan.
Kita lupa untuk bertanya,
Kalaulah betul itu puncanya,
Kenapa kebanyakkan mangsanya remaja kita,
Dimana silap, dimana tak kena?
Orang lain guna teknologi juga,
Pengaruh sekitar pun tak banyak berbeza,
Tapi mereka taklah bunting tak tentu hala,
Taklah juga buang anak di merata-rata.
Sebenarnya, kalau betul nak diambil kira,
Kita semua salah belaka,
Dari yang remaja dan muda belia,
Sampailah kepada yang dah tua bangka.
Anak orang dijeling-jeling,
Anak sendiri tak ambil pusing,
Kononnya kerana nak tunjuk ‘sporting’,
Sedar-sedar budak tu dah bunting.
Pegangan kita selamanya longgar,
Mudah di pengaruh dalam dan luar,
Semua benda kita nak sambar,
Hukum dan hakam habis di langgar.
Dah puas terhantuk dah puas terngadah,
Barulah hukuman hendak dipinda,
Tapi semua itu tak membawa makna,
Kalau perangai dan otak masih di takuk lama.
Tepuk dada tanya minda,
Asal keturunan akan menjadi tanya tanya,
Generasi beginikan yang di damba,
Untuk memimpin agama, negara dan bangsa kita?.
Ulasan
Catat Ulasan