RAHSIA KEAKRABAN ADIK BERADIK
Aku pun tak tau kenapa aku macam di panggil untuk berkongsi dengan semua yng di luar sana mengenai hubungan adik beradik. Nie pun berdasarkan pengalamanku sebagai akak kepada 3 org adik. Dua laki n sorang perempuan. Tapi kalau nak kira ngan adik2 angkat aku.. (ermm.. banyaknyer..) hohoho.. tengok, betapa baiknya aku sampai ramai yang nak wat kakak angkat.. (perasan sudahh..)
Korang pernah tak bergaduh ngan adik beradik yang lain? X kisah la gaduh ngan saper pun samada gaduh ngan kakak ker, abg ker adik ker.. janji G.A.D.U.H. pernah x? tipu la kalau x pernah kan.. kecuali la dia tue anak tunggul.. eh tunggal.. hahaha (isk..isk..isk.. siannyer.) aku pernah gaduh ngan adik aku, tapi last2 aku yang nangis sebab aku x sanggup nak gaduh lama-lama.. rasa sakit dada.. remuk.. (mcm frust cinta jer rasanya) huhuhu
Ok masuk soal sikap n perwatakan adik beradik korang.. kalau yang mempunyai adik beradik ramai mesti dia x amik tau pasal adik beradik dah.. wat hal sendiri jer.. tapi berbeza dengan aku n adik-adikku. Kami sentiasa bersama. (x pecaya? Nanti aku tunjuk bukti..)
| nie pic aku n bfku ngn adik2ku serta kawan2 diorg.. |
Macam mana kita selaku akak or abg nak bagi hubungan adik beradik nie rapat? Aku nak bagi petua yang sebetul-betulnya tue aku x tau tapi yang aku pasti, sebagai anak yang paling tua, (sulung) korang kena la pandai melayan adik-adik n sentiasa berkongsi dengan diaorg..
Cerita tentang pengalaman ku masa berumur dalam 3-4 tahun.. masa tu just aku n adik perempuan bawah aku jer.. yer la aku pun baru berapa tahun kan.. mak aku cerita, masa pergi shopping ngan mak n ayah (adik aku kena tinggal ngan org ngasuh) aper jer barang yang aku capai mesti aku amik dua. (coklat dua, keropok dua, ais krim dua.. pendek kata semua dua la..) bila mak aku tanya kenapa amik dua, jawapan aku simple jer.. tuk adik sama. Pas tue jenuh la mak aku kena kuar kan semua benda yang dua tue.. yer la adik aku baby lagi mana boleh makan semua tue.. wahahaha.. korang pernah x wat aper yg aku pernah wat? Tapi tabiat aku tue x terhenti setakat tue jer.. sampai sekarang pun, kalau aper2 jer yang aku beli x kisah la benda makan ker baju ker, apa2 jer la mesti aku akan beli tuk adik perempuan aku. Dan adik aku pun sama gak. Tp kalau kadang-kadang dia terlupa ker apa ker.. (biaser la study lg.. mana ley mewah2) mesti aku terasa gak.. tapi kejap jer la.. pas tue aku minta pinjam. Wahaha (wat muka x malu). Di sebabkan perangai kami tue ramai yang selalu tertukar antara aku n adik aku..kadang-kadang orang kata kami kembar.. (kembar lain tahun..) hahaha
| nie la adik pompuan ku.. satu2nya adik pompuan yg aku ada |
| nie la bf aku.. actually kami kuar pun ngan adik aku.. rmai2 lagi best.. |
Kalau ngan adik-adik aku yang lelaki nie, bukan x bek .. tapi x boleh bagi muka sangat.. (yer la budak kecik) kadang-kadang adik2 aku yang laki nak minta pinjam laptop.. aku bagi.. tapi ‘dengan syarat!!’ aku cukup suka ugut adik-adik aku … haha buka ugut aper pun.. kalau diaorang x bagi aku tengok tv ker apa ker.. mula la ayat aku..’xnak bagi akak x per.. tp jgn harap akak nak bagi men laptop..’ terus bagi.. wahahaha.. suker2..
| adik bungsuku.. salah sorang 'mangsa ugutanku' tp pic nie aku yang kena paw ngan dia.. |
Korang pernah dengar x ada org tua2 cakap kalau kita nak bagi makan or minum anak kita, kita kena makan or minum dulu. Nanti bila besar budak tue dengar cakap. (tp sebenarnya takut kalau2 makanan or minumam tue x sesuai tuk anak-anak, sebab tue ibu rasa dulu) tapi kan aku rasa ada betulnya la.. tapi aku ‘condongkan’ sikit, dulu masa kecik2 kalau time nk makan mak aku mesti akan suapkan kami.. yang dah besar pun mak suap sebab nak bagi adik yg kecik turut makan.. kalau x wat macam tue yang kecik xnak makan.. asyik nak main jer.. aku rasa la kan.. sebab berkongsi tue la kami adik beradik rapat sehingga sekarang.
Aku x tau aper rahsia tuk mengeratkan hubungan, tapi yang pasti diri kita sendiri yang tentukan macam mana kita nak bentuk hubungan adik beradik yang macam mana. Kadang-kdang aku boleh menangis sebab rindukan adik-adikku. Korang pernah x? korang mesti menangis sebab rindukan bf/gf kan? Hehehe aku pun sama kalau rindu bf.. tapi pernah x rindu adik sampai nangis?
Keakraban kami adik beradik selalu menjadi perhatian orang dan ramai yang bertanya, korang memang mcm nie ek? Ada beberapa orang kawan aku kagum tengok kemesraan kami sebabnya kalau dia n adiknya x pernah nak bergelak ketawa, berkongsi cerita. Semua wat hal masing-masing. Satu jer yang menjadi pegangan aku sampai sekarang, kami di lahirkan oleh ibu dan bapa yang sama. Darah yang mengalir adalah sama. Kalau kita bergaduh, macam mana perasaan ayah n mak? Nanti pun kalau kita mati adik beradik la yang mandikan jenazah kita kan? So wat aper nak kena ada jurang? Maksud aku kenapa kena ada haluan berbeza? Sepatutnya kita kena mengenali adik kita semacam mana kita mengenali diri kita sendiri.
Korang kalau nak pegi mana-mana selalunya saper yang akan ikut sekali? Selalunya mesti ajak bf kan? Xpun member-member sekolah.. tapi aku kalau nak pergi mana sekalipun mesti aku akan bawa adik-adik ku sampaikan ada satu ketika tue ada org kata aku ‘mak’ kepada adik2ku.. OH TIDAK!!.. tua sgt ke aku? Huhuhu (buta ker apa).. nak aku ‘dress’ cam ner lagi x tau la nak bagi nampak muda.. tapi ada aku kesah? Janji adik-adikku bahagia aku pun tumpang bahagia.. aku sanggup berkorban apa ajer tuk adik-adikku kerana kasih sayangku wat mereka tiada tandingnya. Kalau sesiapa memusuhi adik-adikku dia adalah musuhku juga.(tapi setelah diselidiki hujung pangkalnyer la..).
Aku bersyukur kepada Yang Esa kerana diberi kepada ku dan adik-adikku ikatan kasih sayang yang utuh.. semoga hubungan kami akan terus kuat. Amin..
Antara tips tuk mengeratkan kasih sayang:-
(tips nie berdasarkan pengalaman aku sendiri, terpulang la pada korang macam mana ngan diri korang pulak)
1. Abg n akak sulung jangan gunakan kekerasan tuk ngajar adik-adik.. kalau dia salah terangkan padanya. contohnya, adik aku berkeras nak sambung belajar kat kolej swasta, (dia tengah panas nie.. biar dia ‘cool’ dulu.. pas tue g bilik dia n tanya dia kenapa.. sebagai akak or abg mesti korang arif tentang ‘u’ nie kan.. terangkan pro n kontra tindakannya, jangan pula kita yang menetapkan keputusan. Biar dia berfikir..) adik laki n adik perempuan nie lain.. adik lelaki pantang kalau orang bantah dia.. jgn bantah.. tapi guna kaedah berdiplomasi. Kalau adik perempuan dia boleh mendengar lagi cuma kena terangkan dengan lebih terperinci sebab kalau x dia akan senang patahkan hujah kita kalau kita sendiri x bersedia. (wah.. mcm sesi bicara kat mahkamah plak).
2. Memberikan ganjaran di atas pertolongan atau sikap baik mereka. X payah la nak susah2 beli motor ker aper ker.. ‘why not’ ajak g kuar makan ker.. jalan-jalan ker.. pas tue bisikkan di telingganya.. ‘akak/abg bawa adik datang sini sebab adik tolong akak/abg selesaikan masalah akak/abg ngan bf/gf ri tue’.. (contohnya la…) ucapkan terima kasih atas sikap/pertolongannya.. kalau kita bercakap dengan ikhlas InsyaAllah adik-adik kita akan dapat merasa keikhlasan tue.. n mereka akan terharu.. serius. Dah nama pun adik beradik.. kalau x xda la peribahasa berbunyi cubit paha kanan paha kiri terasa sakitnya.
3. Berkongsi cerita or rahsia bersama. Jangan berahsia kerana jika korang berahsia nanti adik-adik akan jadi x rapat n mesra ngan korang.. korang pula akan rasa stress sendiri sebab asyik pendam rahsia sorang-sorang. Bercerita la dengan adik-adik anda. Bercerita ngan adik banyak faedahnya contohnyer la kan kalau korang baru couple ngan sorang mamat/awek nie.. n nak ajak jumpa ‘parent’ wat kali pertama.. mesti berdebar-debar kan? Yer la mesti berfikir macam mana kalau family korang x suka kan? Masa nie la bantuan adik-adik sangat diperlukan.. sebelum bawa bf/gf jumpa mak n ayah.. korang bawa jumpa adik-adik korang dulu. Bila diaorang dah mesra t xda la bf/gf korang gelabah teruk sangat kan? Adik-adik dah kenal n dh rapat. Pas tue mak n ayah korang pun bagi ‘lulus’ jer (sebagai calon menantu). Hehehe (aku pernah wat.. memang behasil.. kehkehkeh)
4. Sentiasa menjadi pendengar yang setia tuk adik-adik bukan jadi reporter yang akan mengadu perihal adik2 kepada mak n ayah. Kalau begitu la, hubungan adik beradik korang memang x boleh ‘ngam’. Memang bukan semua yang dilakukan or di ceritakan pada korang nanti perkara-perkara yang baik. Mesti ada juga perkara yang x baik seperti pasu bunga mak yang pecah terkena bola adik. Masa tue adik korang perlukan perlindungan. Yer la mesti dia risau n takut pada mak korang.. korang tenangkan dia dulu. Pas tue klu korang berani n mak korang sporting boleh la bagitau mak korang aper yang berlaku, n minta mak jangan wat adik teruk-teruk.. sian pada adik.. kalau mak naik antu, korang tenangkan pada mak n beri jaminan yang korang akan tolong gantikan pasu.. (tue pun kalau korang banyak wet) dengan bantuan adik jugak la.. dia dah wat salah.. seharusnya dia kena belajar menanggung kesalahannya. Dengan adanya korang sebagai ‘hero’ nescaya adik korang akan lebih sayangkan korang.
5. Menjadi pendamai antara adik beradik. Jika adik-adik korang bergaduh sesame sendiri apa yang korang akan awat? Jadi pengadil? Yer la tengok sapa yang pengsan dulu bergusti kan.. x patut 2x.. seharusnya kalau korang berani, pergi berdiri di antara adik-adik korang. Kalau suara diaorang kuat, korang kena kuatkan lagi sora.. kalau x boleh, guna mic.. kalau masing-masing dah senyap, jauhkan mereka. Biarkan masing-masing sejuk dulu.. baru la korang bertanya kenapa n kenapa.. jangan plak diaorang tengah panas, korang g serbu lagi.. dh umpama mencurah minyak tanah ke atas api plak..
6. Be yourself.. jadi diri korang yang sebenarnya. X perlu la korang berlakon. Nak tunjuk kata korang nie hebat bagus depan adik-adik. Setiap orang tue xda yang sempurna. So jangan dok berlagak sangat dengan adik-adik. Nanti adik2 akan wat lagi dasyat kat korang.
Ok.. tue jer la kwot aku rasa.. yang lain-lain tue pandai2 korang la cam ner nak wat.. aper2 pun kena ingat, air di cincang xkan putus, tapi kalau air di potong? Alamatnyer xmandi ler korang.. (wahahaha..)
| nie kami tiga beradik.. yang bongsu x dapat ikot coz kena jaga mak n ayah.. (kami sentiasa bersama walau ke mana.. bagus x? hehehe) |
hmmm....
BalasPadamnice entri. pengolahan entri semakin menarik, tiada lg skema2, hehehe.. mcm nih yg dikatakan, penulisan kita biar relax dan santai.. bila org len baca pn akan rasa feel dia. gud try nida, hehehee...
berhubung dgn isi entri nih lak, nice utk seorang kakak menceritakan akan hal-hal mcm nih. baguslah, didikan mak ayah tu nmpaknya berhasil kan, hehehehe... tahniah! tahniah! tahniah!
hehehe tq abg din.. tapi mak cakap sebenarnya ada doa.. tapi tue dari perspektif seorang ibu.. nida rasa nida x sesuai lagi nak bercerita dari perspektif seorang ibu..
BalasPadam