Ayat2 yang menikam hati

 Ada beberapa ayat yang sangat sakit dan terkesan di hati aku sebagai org yang tidak punya anak. Antara ayat-ayat yang aku pernah terima dari orang adalah :


1. Rumah besar pun xguna dok dua orang ja.. (rumah besar tiada gunanya kalau tiada anak)

2. Hang dah tua, xda anak dah tue. ( usia dah meningkat, memang takkan ada anak)


Dan ayat-ayat tersebut diucapkan oleh orang-orang yang lebih berusia. Orang cakap bahasa mudahnya 'orang tua' dan kata-kata tu sangat pedih bak ditikam dengan belati tajam. Walaupun sudah bertahun berlalu, kata-kata tue masih segar terpahat dlm ingatan aku.

Kadang-kadang tertanya sendiri, perlu ke tidak perlu tuk maafkan? mungkin orang yang ucapkan ayat tue tidak bermaksud apa-apa tapi aku terluka.. sangat2 terluka sehingga rasa serik tuk panggil atau jemput orang datang rumah. SEJUJURNYA.. toksik sangat rasanya orang yang tergamak ucapkan ayat-ayat tersebut. Aku perlu jaga hati aku sendiri. Dannnnn cara paling mudah dengan close the door. tutup rapat2 sampai sebesar kuman pun tak boleh tembus.. ha umpamanya.. maaf. xyah datang rumah la.... Trauma. 

kesimpulannya....jaga mulut, jaga percakapan, jaga hati. Kadang apa yg ada didalam hati terbias dengan kata-kata yang keluar dari bibir. Andai tiada apa yg nak diucapkan, lebih baik diam. Cukup hanya dengan tlg doakan yang baik-baik kerana doa yang baik-baik juga akan kembali kepada empunya diri.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buah Jentik

Buah Tampoi

PINJAM DAN MEMINJAM