Sumpahan Jerunai
Sebuah filem seram Malaysia 2023 arahan Jason Chong dengan
skrip oleh Jason, Sky Khor, Sofia J. Rhyland dan Wendy Wong. Berkisarkan
tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak, ia dibintangi oleh barisan pelakon yang
terdiri daripada Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi,
Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek. Ia ditayangkan pada 27 Julai
2023. (wikipedia)
Bagi siapa yang tidak tahu berkenaan jerunai. boleh search. Banyak artikel yang menceritakan kisah tersebut dan yang aku nak ceritakan perihal movie sumpahan jerunai.
Setinggi-tinggi tahniah aku ucapan buat semua yang terlibat dalam menghasilkan karya tersebut. kalau ditanya aspek-aspek sinematografi, efek-efek, dialog, bahkan nama pelakon. aku bukanlah orang yang selayaknya bercakap mengenainya. yang aku kagumi, pengarah berjaya membawa satu cerita yang ada saling hubungkait berkenaan adat bersejarah yang pernah diamalkan sejak dahulukala bagi kaum tertentu. Bukan mudah untuk membawa cerita yang ada unsur-unsur sejarah. Banyak perkara perlu dititikberatkan agar sejarah tetap terpelihara. Tahniah sekali lagi.
Diharapkan untuk tahun-tahun mendatang, selain cerita pahlawan yang diketengahkan, cerita sejarah adat bangsa juga boleh dinaikkan agar generasi baru dapat menghargai dan menjaga apa yang telah ada. perkara buruk dijadikan iktibar, yang baik dijadikan pedoman.
semoga yang baik-baik sahaja. majulah filem Malaysia setaraf filem-filem antarabangsa lain.

Ulasan